Salam,
Seperti dijangka belog aku masih lagi menjadi sawang di alam maya lagi hukhuk..
Aku tergerak membuka akaun blogger aku itupun selepas menonton tiub-kau perihal lord google telah mengadaptasi interface baru terhadap produk mereka yang satu ini.
komen aku?cantik di mata aku.aku amat suka minimalist dan terus aku tetapkan setting untuk ini..terus terasa mahu menjadi blogger tegar padahal haha...malas nak mati untuk update hehe
Dikesempatan ini aku dengan lafaz ta'zim menadah sepuluh jari-jemariku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir wa battin..
ini adalah aidilfitri pertama aku bersama keluarga tercinta selepas tamat pengajian di akademi. seronok walaupun budget tak besar hehe.kadang-kadang hilang rasa goyang aku bila dapat tengok senyuman mereka menyambut syawal.yalah semenjak menukar karier ni rasa goyang tetap ada tapi hati ini dipaksa-tabahkan demi mengejar cita-cita luhur dan legasi.
dan pada syawal yang bermakna ini aku mengucapkan sekalung tahniah buat makcik aku yang baru melangsungkan perkahwinannya.aku da beranak satu adik perempuan mak aku ni baru saja berumah tangga..advance sangat aku ni hehe
tak lupa juga kepada kedua-dua orang sahabat aku dunia akhirat yang aku anggap seperti darah aku sendiri, suhail dan alang yang menikahi pasangan masing-masing.welcome to the club bro!!
sudah..cukuplah mengomel..jumpa di lain hari..chiaw
No comments:
Post a Comment