December 11, 2013

Habuk lagi

Salam,

Saja tetiba nak menulis. Apakah ? Hahaha!!

Tengah tunggu bini abes masak.. Terukkan aku bini tengah boyot aku relax je menulis hahaha!! Bukan gitu ye adik-adik.. Wife saya bagaikan terkena gangguan sexual kalo abang join dia di dapur hehehe!! Camne nak masak dia kata hehe..

Aku actually baru balik kapal. Sign off 7hb sebab bini aku due untuk bersalin anak kedua kami pada 20hb ni maka aku balik lah awal.

ok lunch dah siap. Mau makan. nanti-nanti sambung. 

April 12, 2013

BlogBooster

Hello world!!

Aku taip dari iphone lak. Saja test sebab aku baru jumpa satu blog editor yang dipanggil BlogBooster.



Adalah sangat leceh menaip guna telefon ataupun tablet melainkan korang bluetooth dengan external keypad yang melonggok di pasaran itu.

Apps ni ada yang free untuk korang cuba kat smartphone korang. Aku rasa untuk android pun ada.

Macam biasa la reviu dalam 2 minit apa yang aku dapat cakap adalah apps ni ringan dan agak senang nak setup. Boleh upload pic jugak dari tepon korang gak. Ni aku try upload logo apps ni aku tak sure keluar ke tak haha. Should be keluar la ye hehe.

Yang paid appa punya boleh handle lebih dari satu blog. Satu lagi yang penting ia support major blog programme di alam maya ni i.e. blogspot, wordpress free dan hosted, joomla dan sebagainya. Worth a try orang bugis cakap haha!

Tu je la nak merapu. Salam. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

April 11, 2013

MarsEdit

Sebelum ni aku penah citer aku pakai Windows Live Writer. Ala citer lama. Dulu blog memang sangat berhabuk sebab tak tahu nak tulis apa. Tapi sekarang menggunakan OSX so aku cari la alternatif lain. Saja test bosan-bosan. Bukan rajin nak update pun blog ni haha.
Marseditpic
Abes install je terus aku try. Selama 2 minit ni apa yang dapat aku simpulkan adalah:
1. Live writer lagi banyak function, antaranya ko kalo nk schedule publish blog ko boleh kat Live Writer. MarsEdit skali ko tekan publish makanya terus publish la dia melainkan ko save dalam draft dulu then ko masuk blog then ko schedule la sendiri atau ko publish la la tu gak.
2. Live Writer boleh upload youtube terus dalam blog editor tu. MarsEdit ni aku rasa takleh. Ntah la baru 2 minit pakai katanya tapi memang takleh kot. Dah taktau nak godek mana dah hehe.
So itu aje aku nak citer. Nak tau lebih lanjut silalah google sendiri-sendiri hehe.
Salam.

April 6, 2013

Sign-off

Yes!!

Aku sign-off walaupun tak berapa puas. Kapal jalan abes jauh adalah Yeosu, Korea di sebelah timur dan sebelah barat sikit adalah India dan Pakistan. No Europe T_T

Balik ni pun kena attend macam-macam. Modular Oil Tanker dan paling penting Oral Exam 4th Class Motor COC.

Pasal COC apa pun tak prepare lagik. Dengan transkript exam kat ALAM dulu aku tak aambek lagi kat sana dan macam-macam lagi lah.

Dah la cuti sekejap aja huhu



Ni antara geng engine yang turun Lahad Datu tempoh hari. Yang sebelah kiri aku tu bos Chief Engineer Franciscoorang Phillipine. Memang team engine kali ni sangat best. Kerja paras pun kurang stress sebab semua sempoi.

Itu je la nak tulis. Nanti aku tulis lagi kalau ada idea dalam kepala otak aku nak tulis apa haha!!

December 29, 2011

Windows Live Writer

Aku godek2 netbook samsung n150 ni baru perasan windows ada app untuk offline blogging..punya la da brapa tahun ngadap lappy ni baru skrg tau..kalo cmni mmg aku jd blogger tegar la pasni..tegar la sgt ppttuiihh!! haha!!

 

Try test tengok..

 

aku

 

Poyo letak muka sendiri…

 

Siap boleh set publish bila nak..makanya boleh menulis time tak online..merapu-rapan dulu then bila online auto-publish la kot..

 

Try upload video dari channel youtube aku tak berjaya la plak..entah la nanti-nanti la aku ushar..

 

Sekarang kul 1am aku tunggu esok tghari dia auto-publish ke idok sbb aku set untuk esok ..sambung tido sambil tgk young and dangerous 3..cha ho nam adalah hensem!!ngehngehngeh

October 12, 2011

Dns Jumper v1.0.4

Hye,

Tengah online aku jumpa artikel pasal DNS..aku adalah malas nk godek2 computer nak carik kat mana aku bleh tuko DNS aku so bila da jumpa program ni trus download tanpa pikir panjang

Program ni senang je..pas ko download ko extract dulu file dia then ko trus boley pakai..lagipun dia portable apps so tak perlulah menyesakkan HDD ko nak kena install apa2 bagai..

Dia bleh tolong trace DNS apa yang boleh bg up sket la speed internet ko tuh..ntahla xde la aku rasa maxis broadband trus laju cam unify..nmpk sgt la aku menipu kalao cakap camtu hehe..

mcm aku yg malas ni klik je dekat 'fastest dns' button and pom pang pom pang dia set aku google DNS so utk memastikan btol ke DNS aku google server trus la aku try bukak site kegemaran aku iaitu piratebay.org...tup tup boley masuk (site ni diblock oleh skmm)..so btol la aku DNS google hehe..bapak pemalasnya aku nak godek komputer kan hehe

psl speed dia claim bleh up speed internet ko??bg aku boley la..actually dia bg up beberapa milisecond je tp ok la..ko bleh save time xyah godek2 komputer ko je tu yg penting bg aku..

give it a try..bleh download ikut link di bawah

http://www.sordum.com/?p=4573

source:lifehacker

September 2, 2011

Blogger new interface

Salam,

Seperti dijangka belog aku masih lagi menjadi sawang di alam maya lagi hukhuk..

Aku tergerak membuka akaun blogger aku itupun selepas menonton tiub-kau perihal lord google telah mengadaptasi interface baru terhadap produk mereka yang satu ini.

komen aku?cantik di mata aku.aku amat suka minimalist dan terus aku tetapkan setting untuk ini..terus terasa mahu menjadi blogger tegar padahal haha...malas nak mati untuk update hehe

Dikesempatan ini aku dengan lafaz ta'zim menadah sepuluh jari-jemariku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir wa battin..

ini adalah aidilfitri pertama aku bersama keluarga tercinta selepas tamat pengajian di akademi. seronok walaupun budget tak besar hehe.kadang-kadang hilang rasa goyang aku bila dapat tengok senyuman mereka menyambut syawal.yalah semenjak menukar karier ni rasa goyang tetap ada tapi hati ini dipaksa-tabahkan demi mengejar cita-cita luhur dan legasi.

dan pada syawal yang bermakna ini aku mengucapkan sekalung tahniah buat makcik aku yang baru melangsungkan perkahwinannya.aku da beranak satu adik perempuan mak aku ni baru saja berumah tangga..advance sangat aku ni hehe

tak lupa juga kepada kedua-dua orang sahabat aku dunia akhirat yang aku anggap seperti darah aku sendiri, suhail dan alang yang menikahi pasangan masing-masing.welcome to the club bro!!

sudah..cukuplah mengomel..jumpa di lain hari..chiaw